Saturday, 29 December 2012

KAJIAN LAPANGAN DI SEREMBAN



BERMULANYA PENEMPATAN SEREMBAN….


Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
 
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEREMBAN 

MUZIUM NEGERI, TAMAN BUDAYA

DATARAN SENAWANG

PETA KAWASAN KAJIAN 




ELEMEN RUANG BANDAR


Kami di arahkan untuk berkumpul di Stesen Kereta api Tanah Melayu(KTM) pada jam 8.00 pagi untuk menjalakan aktiviti kajian lapangan di Seremban. Sementara menunggu rakan yang lain yang dalam perjalanan ke KTM juga akhirnya kami bertolak pada pukul 9.10 pagi. Berdasar kajian luar yang kami dijalankan kami menggunakan lima elemen untuk melihat ruang bandar iaitu nod, daerah, laluan, pinggiran dan mercu tanda.

 Kami bertolak ke Seremban menaiki kereta api. Sepanjang kami menaiki kereta api, kami telah melalui beberapa nod. Nod ialah titik perhentian perjalanan yang kami lalui di Seremban. Nod yang kami dapati adalah Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) ke Bangi kemudian berhenti di setiap perhentian di Batang Benar, Nila, Labu, Tiroi dan berakhir di Perhentian Kereta api Seremban.

Bagi laluan pula, kami memilih lorong Jalan Dato' Sheikh Ahmad. Kami telah menemu ramah beberapa orang tuan kedai yang telah bertapak di sepanjang lorong yang kami lalui. Banyak perusahan yang dijalankan, kebanyakan mereka telah bertapak selama lebih dari 15 tahun. Walaupun susana ruang tersebut agak lenggang tetapi mereka percaya pelangan tetap mereka akan datang membeli barangan mereka. Laluan Jalan Dato' Sheikh Ahmad dahulunya di katakan jalan utama Seremban ,oleh kerana banyak pembangunan seperti gereja dan penambahan terminal kedua menyebabkan laluan tersebut dijadikan jalan sehala sama seperti lorong-lorong yang lain.

Seterusnya ialah pinggiran. Pinggiran ialah had luar kawasan dari pusat kawasan tersebut. Pinggiran yang kami kaji ialah lorong Jalan Dato' Sheikh Ahmad, lorong ini di pisahkan dengan Jalan Dato' Lee Fong Yee dan Jalan Tungku Hasan. Jalan ini di akhiri dengan kolam yang berhadapan bangunan Majlis Pembandaraan Seremban.

Elemen seterusnya ialah daerah. Daerah ialah sesuatu kawasan yang membolehkan seseorang pemerhati masuk ke dalam kawasan tersebut. Daerah tersebut ialah Seremban. Daerah ini diliputi pusat pentadbiran, majlis pembandaran, pusat kemudahan akedemik dan lain-lain yang melengkapi kemudahan untuk penduduk Seremban dan menjadikan Seremban sesuatu daerah.

Elemen terakhir sekali ialah mercu tanda. Mercu tanda ialah rujukan titik bagi pemerhati untuk masuk ke dalamnya seperti bangunan, tanda jalan, bukit dan lain-lain. Terdapat banyak mercu tanda di Seremban antaranya adalah seperti di bawah :














HASIL KAJIAN LAPANGAN





NAMA : ZAINON AHMAD
STATUS : IBU TUNGGAL
BIL. ANAK : 6 ORANG
UMUR : 51 TAHUN
Puan Zainon merupakan seorang peniaga kecil dan sederhana. Perniagaannya mula bertapak di lorongan Jalan Datuk Syeikh Ahmad sejak 16 tahun lagi. Beliau berniaga makanan pagi di mana ia merupakan keperluan asas bagi setiap penduduk. Antara makanan yang dijual ialah nasi lemak dengan berbagai lauk serta kuih muih. Modal yang dikeluarkan oleh beliau untuk setiap perniagaannya adalah setiap hari bernilai RM300 dan untung bersig yang diperolehi olehnya adalah sebanyak RM400. Beliau mengatakan hasil keuntungan diperoleh setiap hari tidak boleh dianggarkan kerana setiap hari berbeza-beza untung yang diperoleh. Seperti yang sedia maklum, beliau merupakan seorang ibu tunggal kepada 6 orang anak. Suami beliau meninggal pada kelahiran mereka yang ke 6. Jadi segala pendapatan yang diperolehinya akan digunakan untuk menampung pembelajaran anaknya. Beliau berniaga bersama anak sulungnya yang kini masih lagi belajar di kolej. Dahulu, anaknya berhenti belajar kerana tidak dapat menampung pengajian pembelajaran kini dengan hasil berniaga Puan Zainon mampu menyara mereka.
               
Tapak berniaga yang sebelum ini didiami oleh peniaga yang menjual burger. Setelah tamat tempot peniaga itu bertapak disitu,ianya diambil alih oleh Puan Zainon. Beliau memilih tapak di situ kerana lokasinya yang strategic di mana ia merupakan kawasan social yang sering dikunjungi oleh pekerja-pekerja swasta mahupun kerajaan. Beliau tidak perlu menggunakan kaedah pemasaran bagi memasarkan barang niaganya kerana makanan yang dijual sudah pun mempunyai pelanggan tetap. Kebiasaannya pelanggan yang dating membeli adalah pelanggan yang kerap kali membeli daripadanya. 




NAMA KEDAI : KEDAI EMAS KIM CHEONG HING
TUAN KEDAI : MR YAP

Kedai emas ini dikelola oleh Mr. Yap. Kedai ini telah ditubuhkan selama 30 tahun. Kedai ini bertapak di bangunan Wisma Puncak  Emas.  Barang yang diniagakan ialah barangan emas seperti gelang, cincin dan subang.  Beliau memilih Wisma Puncak Emas kerana wisma tersebut merupakan shopping complex yang pertama dan terkenal di Seremban.  Namun, apabila kejatuhan empayar wisma Puncak Emas berlaku mereka tetap bertapak  disitu kerana mereka telah memiliki pelanggan tetap.  Oleh yang demikian,  mereka tidak perlu membuat sebarang promosi untuk menarik para pelanggan. Hal ini kerana pelanggan yang datang ke kedai ini kebanyakkannya adalah pelanggan tetap.




NAMA KEDAI : D.R.S. MANAGEMENT
TUAN KEDAI : SEBATION RAYAPPAN
 Kedai ini menawarkan khidmat  kewangan dan guaman. Kedai ini telah bertapak di Wisma Puncak Emas selama 17 tahun.  Walaupun empayar Wisma Puncak Emas telah jatuh, namun beliau tidak terfikir untuk berniaga di tempat lain kerana  beliau telah membeli kedai tersebut. Beliau juga selesa melakukan kerjanya disana kerana tidak mempunyai gangguan pihak luar. Selain itu, bangunan itu juga mempunyai unsure sentimental bagi beliau kerana ia merupakan tapak bekas sekolahnya. Bagi beliau apa yang penting untuk melakukan kerjanya ialah keperluan asas sahaja iaitu makanan, bilik air dan tempat meletakkan kereta.  Beliau akan mengiklankan khidmat lelongan beliau di surat khabar untuk memaklumkan barangan lelongan  beliau. Jadi, orang ramai perlu datang ke kedainya untuk maklumat lanjut.





NAMA KEDAI : KULIT KLASIK
TUAN KEDAI : ANUAR  BIN ABDULLAH

Kedai ini juga merupakan kedai yang bertapak didalam Wisma Puncak Emas. Kedai ini telah bertapak di bangunan tersebut selama 26 tahun. Barangan yang diniaga oleh beliau ialah barangan berasaskan kulit.  Beliau mula berniaga disana kerana beliau minat menceburi bidang perniagaan.  Beliau juga menceburi bidang ini untuk mengikut sunnah Nabi iaitu berniaga.  Disamping itu, beliau juga berniaga untuk mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Beliau meneruskan perniagaan beliau di Puncak Emas kerana beliau bimbang pelanggannya sukar untuk mencari kedai beliau jika beliau berpindah ke tempat lain.  Perniagaan beliau tidak memerlukan promosi kerana pelanggannya rata-rata ialah pelanggan tetap. Jadi, beliau tidak perlu membuat promosi untuk menarik pelanggan.



NAMA KEDAI : CERMIN MATA MUTIARA
TUAN KEDAI : CHRISTINA THAI
 Kedai ini telah bertapak di jalan Dato’  Sheikh Ahmad  sejak 40 tahun yang lalu. Sebelum ini beliau menyewa di daerah lain. Namun, setelah kedai tersebut diambil alih oleh pemilik kedai asal mereka berpindah ke jalan tersebut. Barangan yang  diniagakan oleh beliau ialah cermin mata dan kanta lekap.  Perniagaan ini tidak menjalankan promosi besar-besaran untuk menarik pelanggan. Namun begitu, perniagaan ini banyak menjalankan kerja-kerja amal. Antaranya ialah menawarkan khidmat pemeriksaan mata percuma dan memberi cermin mata percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan dan orang-orang di rumah orang-orang tua.  Pelanggan beliaun juga rata-rata adalah pelanggan tetap turun-temurun.  Jadi, mereka tidak perlu memikirkan cara untuk menarik pelanggan kerana ia sedia ada ramai.




NAMA KEDAI : PUSAT HIBURAN  RUBY
TUAN KEDAI : AMZAH HANIL

Kedai ini telah mula beroperasi selama 4 tahun yang lalu.  Mereka menawarkan khidmat permainan. Mereka menjalankan operasi mereka pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Mereka menjalankan perniagaan di situ kerana ia merupakan salah satu jalan utama di Seremban. Bagi mereka, dengan menjalankan perniagaan disitu, mudah bagi pelanggan untuk dating ke kedai mereka.  Mereka menawarkan sistem point  untuk menebus hadiah. Setiap pelanggan akan memperoleh point tersendiri setiap kali mereka bermain di sana. Jadi, setiap pelanggan berpeluang memiliki hadiah yang ditawarkan. Ini merupakan salah satu cara mereka menarik pelanggan. Rata-rata pelanggan mereka ialah golongan dewasa. 


PENUTUP


Kesimpulannya, yang boleh dibuat hasil yang kami terima dari kerja lapangan ialah sememangnya betul perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre bahawasanya terdapat 5 jenis ruang yang digunakan dalam sesuatu tempat iaitu Laluan, Mercu Tanda, Sempadan, Daerah, Titik Tumpu memang bersalingkait dengan ruang yang wujud dimana-mana sahaja. Tempat kajian yang telah kami pilih ialah dibandar Seremban.Seremban dikira merupakan sempadan antara Negeri Sembilan dgn Selangor.Di kawasan tersebut memiliki banyak binaan bangunan lama.Jadi boleh dianggarkan bangunan yang berada disitu semuanya dibina sejak penjajahan british lagi.Ini boleh lambang kawasan bersejarah.


No comments:

Post a Comment