IMAGE OF
THE CITY –KEVIN LYNCH
Menurut
Kevin Lynch dalam bukunya "The Image of City" menyatakan bahawa imej
bandar adalah satu proses dua hala antara pemerhati dengan alam semulajadi.
Imej boleh dikategorikan kepada tiga komponen iaitu identiti, struktur dan
maksud.
1.
imej yang berfungsi memerlukan satu identiti yang
mana ia mempunyai satu sifat yang berbeza dengan yang lain.
2.
imej mesti termasuk isi keruangan atau corak
hubungan di antara objek dengan pemerhati serta kepada objek yang lain.
3.
objek itu
mesti mempunyai sesuatu maksud kepada pemerhati sama ada secara praktikal atau
emosi.
Beliau juga
membahagikan imej bandar kepada lima elemen iaitu :-
- Mercu Tanda – merupakan rujukan titik di
mana pemerhati tidak masuk ke dalamnya seperti bangunan, tanda jalan,
bukit dan lain-lain.
- Laluan – pemerhati bergerak dan mengalami
alam sekelilingnya seperti jalan raya, laluan pejalan kaki, landasan dan
sebagainya mengikut laluan ini alam sekitar diperhati dan dihubungkait.
- Sempadan – elemen linear yang bukan
laluan yang digunakan untuk membahagikan dua bahagian yang mempunyai
perbezaan seperti sungai, pantai, landasan, dinding atau sempadan yang
tidak dapat dilihat. Sempadan juga penting untuk membentuk imej
keseluruhan sesuatu bandar.
- Daerah – adalah bahagian bandar yang
mempunyai persamaan di mana seseorang pemerhati boleh masuk ke dalam.
- Titik tumpu – adalah titik atau tumpuan
di mana pemerhati boleh masuk seperti simpang jalan, perhentian laluan dan
lain-lain konsep titik tumpu ada hubungkaitnya dengan konsep daerah dan
laluan.
Jika diperhatikan, definisi imej yang dikemukakan oleh Kevin Lynch lebih
menumpukan aspek fizikal Bandar
Aspek-aspek lain juga
sebenarnya mempengaruhi imej sesuatu bandar seperti aspek sosial, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sebagainya sama ada yang bersifat
positif atau negatif.
Kevin Lynch
dalam bukunya "The Image of The City" telah menyatakan unsur-unsur
imej bandar yang baik termasuk:
- ‘Legibility’ – perihal mudah difahami coraknya, boleh dikenali,
mempunyai sistem atau aturan yang terang dan sebagainya. Ia penting kerana
memudahkan pergerakan seseorang.
- Imej untuk bangunan – terdapat imej umum bagi bandar.
- Struktur dan Identiti – terdapat identiti, struktur dan makna bagi
bandar.
- ‘Imagebility/Visibility’ – terdapat identiti yang terang yang dapat dibayangkan
oleh seseorang.
Legebility bermakna ia boleh dikenali, mempunyai
sistem atau aturan yang terang, nyata dan mudah difahami terutama dari segi
coraknya. Dengan kata lain, bermakna corak yang terdapat dalam suatu ruang
bandar itu mesti mudah dikenali dan diingati, seperti yang telah dinyatakan
oleh Kevin Lynch dalam City
Sense and City Design. Ini penting supaya seseorang individu tersebut
tidak akan sesat malahan ia memudahkan pergerakan seseorang serta
mempercepatkan pergerakan.
Legebility bertujuan
supaya kita berperasaan bahawa kita berada di dalam rumah (ruang) dan dapat
berfungsi dengan senang. Oleh itu persekitaran kita perlu boleh dibaca bagaikan
satu sistem petunjuk (system of sign).
Jadi, ia perlu ada perhubungan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain
untuk menempatkan lokasinya dari segi masa dan ruang, supaya dapat memahami
fungsinya, aktiviti yang terkandung dalamnya dan keadaan sosial penggunanya.
Apabila sesebuah bandar itu kekurangan perhubungan antara satu sama lain, maka
ketidakperkaitan ini akan menyebabkan kita rasa terasing, iaitu akan hilang
dalam persekitaran yang tidak dapat berdialog. Selain dari segi kepentingan
keselamatan perasaan (emotional
security) ia juga penting dari segi pembangunan diri (individual growth).
Imej untuk bangunan menekankan imej umum
(public image) iaitu the
common mental pictures carried by large number of a city’s inhabitants area of
agreement which might be expected to appear in the interaction of a single
physical reality, a common culture and a basic physiological nature
Dari
segi struktur dan identiti pula Kevin Lynch memperbincangkannya dari tiga
sudut iaitu identiti, struktur dan makna (meaning). Identiti dan struktur adalah termasukvisual sensation (perasaan visual) terhadap warna,
bentuk, gerak, sentuhan, bunyi dan bau. Makna (meaning) pula termasuk amalan (practical), perasaan (emotional)
dan perhubngan (relation).
Selain itu, makna juga termasuk makna sosial (social meaning) yang juga termasuk fungsi, aktiviti, struktur
masyarakat, nilai masyarakat dan sejarah. Jadi, identiti yang dibincangkan
adalah terbahagi kepada dua iaitu identiti manusia dan alam. Jika sesuatu
tempat itu mempunyai imej yang kuat maka ia akan memberikan satu sokongan
gambaran yang kuat ke atas identiti kumpulan (group identity).
Imagebiliti atau visibility adalah anality in a physical object which gives it
a high probability of evoking a strong image in any given observers. Ia termasuk bentuk, warna dan
aturan (arrangement) yang
menyebabkan adanya identiti yang terang dan nyata atau jelas (vividly identified). Ia juga perlu
mempunyai struktur yang berkesan (powerful
structured) dan penggunaan imaginasi mental yang tinggi ke atas
persekitaran (useful mental image of
the environment).
THE
PRODUCTION OF SPACE- LEFEBVRE
Akibat
daripada sesuatu keadaan atau ruang dimana terdapat sesetengah ruang mempunyai
ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang
penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji
mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya
beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau
Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul
dan bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji
mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat
dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu
yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat
menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori
tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam
kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai
ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan
Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh
masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan
hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang
membentuknya walaupun tidak semua kawasan tersebut harus dipenuhi.
THE DEATH AND LIFE OF GREAT CITIES –JANE
JOCABS
Penulis
dari "The Death and Life Of Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane
Jacobs lahir tanggal 4 Mei 1916 dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau
tinggal di Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan
kekecewaan beliau terhadap Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar
tersebut tidak benar, iaitu dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai
masalah pengangkutan , pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan
faktor-faktor nyata yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi
untuk meningkatkan prestasi bandar.
Dari segi kepelbagaian, Bandar yang baik memerlukan
kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat di dalamnya.
Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat pada suatu
kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana pelayan untuk
masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan boleh berupa
penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.
Jane
Jacobs mengenalpasti tiga isi utama dalam menyokong kepelbagaian iaitu
kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian fungsi yang dimaksudkan adalah bagaimana
merancang suatu kawasan yeng mempunyai fungsi lahan lebih dari satu, sehingga
jika ada seseorang yang mendatangi kawasan tersebut, maka dia boleh menikmati
lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi lahan yang dimaksudkan boleh berupa sebagai
penempatan, kedai-kedai, rumah sakit dan sebagainya.
Selain itu, isi kedua pula iaitu blok atau jalan pendek. Sebagai
contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan kawasan penempatan dan kawasan
membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan pejabat harus dekat. Ertinya
masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat dengan cepat kerana blok /
jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat tujuan tersebut pendek. Isi
yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat penduduk. Dalam suatu bandar harus
terdapat suatu kawasan yang sebagai kepekatan padat penduduk, yang dimaksudkan
adalah kawasan penempatan sehingga tidak mengganggu kawasan lain, dan pengguna
kawasan penempatan juga tidak akan terganggu dengan kawasan lain.
No comments:
Post a Comment