maka.. inilah yang dapat diceritakan:
NOD,MERCU
TANDA,LALUAN,DAERAH DAN SEMPADAN DI TAIPING
Nod
ialah titik pertemuan dan ruang yang dilalui. Nod juga dikatakan sebagai
hentian. Tempat yang sering menjadi kunjungan para
pelajar ialah Taiping Sentral. Bagi golongan dewasa ialah Cashier Market. Cashier Market sering menjadi kunjungan untuk
menjamu selera. Hal ini kerana banyak makanan popular disana contohnya Mee
Combat.
Mercu tanda pula ialah rujukan titik
bagi pemerhati tidak masuk ke dalamnya seperti bangunan,tanda jalan bukit dan
lain-lain. Banyak mercu tanda yang melambangkan Taiping. Antara mercu tanda yang melambangkan Taiping
ialah Jam Besar, Rest House berhadapan
Sekolah Kebangsaan King Edward. Selain itu, Taman Tasik juga merupakan salah
satu mercu tanda di Taiping. Namun kini,
mercu tanda yang bakal melambangkan Taiping ialah Ibu Pejabat Polis Daerah
Taiping.
Laluan ialah pemerhati bergerak dan
mengalami alam sekeliling. Taiping
mempunyai dua laluan samada laluan kereta ataupun laluan kereta api. Laluan di
Taiping kebanyakannya di kelilingi oleh pokok-pokok. Contohnya laluan ke Taman
Tasik Taiping di kelilingi oleh Pokok Hujan-Hujan ataupun `samanea Saman’.
Pokok ini membentuk kanopi semulajadi yang indah sepanjang laluan di Taman
Tasik.
Daerah ialah bahagian Bandar yang
ada persamaan dimana seseorang pemerhati boleh masuk ke dalam. Taiping terletak di daerah Larut Matang dan
Selama.
Sempadan ialah elemen linear yang
bukan laluan yang digunakan membahagikan
dua bahagian yang mempunyai perbezaan yang tidak dapat dilihat. Sempadan yang
terdapat di Taiping ialah sempadan
Kamunting dan Pokok Asam.
No comments:
Post a Comment