Saturday, 29 December 2012

KAJIAN LAPANGAN DI SEREMBAN



BERMULANYA PENEMPATAN SEREMBAN….


Bandar Seremban muncul seperti mana bandar-bandar lain di negara ini iaitu di sekitar tahun 1870-an dan dipercayai bermula apabila kawasan di sekitar Rasah di dapati kaya dengan hasil bumi iaitu bijih timah. Apabila ianya mengalami kemasukan penduduk (migrasi) yang pesat terdiri dari orang-orang Cina, Arab dan juga bangsa Melayu dari tempat lain. Seremban bukan sahaja menjadi pusat melombong bijih timah tetapi juga pusat perdagangan. Peniaga-peniaga pada masa itu menggunakan Sungai Linggi sebagai laluan pengangkutan perdagangan mereka manakala penduduk Melayu tempatan di kawasan ini kebanyakannya adalah petani.
 
Pihak penjajah Inggeris mengambil kesempatan untuk mula campur tangan di atas pergolakan peperangan yang berpunca dari perebutan hak dan kawasan perlombongan bijih timah di antara Dato' Kelana dan Dato` Shahbandar. Ini telah memberi ruang kepada Inggeris menempatkan kuasa dengan melantik Residen pertamanya Kapten Murray di mana residensinya didirikan di Jalan Channer (Jalan Dato'Siamang Gagap). Bermula dari detik itu penduduk-penduduk Rasah mendirikan penempatan mereka di sekitar Jalan Channer kerana mereka merasakan tinggal di kawasan yang mempunyai undang-undang dan peraturan Inggeris selamat dan meyakinkan.



TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEREMBAN 

MUZIUM NEGERI, TAMAN BUDAYA

DATARAN SENAWANG

PETA KAWASAN KAJIAN 




ELEMEN RUANG BANDAR


Kami di arahkan untuk berkumpul di Stesen Kereta api Tanah Melayu(KTM) pada jam 8.00 pagi untuk menjalakan aktiviti kajian lapangan di Seremban. Sementara menunggu rakan yang lain yang dalam perjalanan ke KTM juga akhirnya kami bertolak pada pukul 9.10 pagi. Berdasar kajian luar yang kami dijalankan kami menggunakan lima elemen untuk melihat ruang bandar iaitu nod, daerah, laluan, pinggiran dan mercu tanda.

 Kami bertolak ke Seremban menaiki kereta api. Sepanjang kami menaiki kereta api, kami telah melalui beberapa nod. Nod ialah titik perhentian perjalanan yang kami lalui di Seremban. Nod yang kami dapati adalah Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) ke Bangi kemudian berhenti di setiap perhentian di Batang Benar, Nila, Labu, Tiroi dan berakhir di Perhentian Kereta api Seremban.

Bagi laluan pula, kami memilih lorong Jalan Dato' Sheikh Ahmad. Kami telah menemu ramah beberapa orang tuan kedai yang telah bertapak di sepanjang lorong yang kami lalui. Banyak perusahan yang dijalankan, kebanyakan mereka telah bertapak selama lebih dari 15 tahun. Walaupun susana ruang tersebut agak lenggang tetapi mereka percaya pelangan tetap mereka akan datang membeli barangan mereka. Laluan Jalan Dato' Sheikh Ahmad dahulunya di katakan jalan utama Seremban ,oleh kerana banyak pembangunan seperti gereja dan penambahan terminal kedua menyebabkan laluan tersebut dijadikan jalan sehala sama seperti lorong-lorong yang lain.

Seterusnya ialah pinggiran. Pinggiran ialah had luar kawasan dari pusat kawasan tersebut. Pinggiran yang kami kaji ialah lorong Jalan Dato' Sheikh Ahmad, lorong ini di pisahkan dengan Jalan Dato' Lee Fong Yee dan Jalan Tungku Hasan. Jalan ini di akhiri dengan kolam yang berhadapan bangunan Majlis Pembandaraan Seremban.

Elemen seterusnya ialah daerah. Daerah ialah sesuatu kawasan yang membolehkan seseorang pemerhati masuk ke dalam kawasan tersebut. Daerah tersebut ialah Seremban. Daerah ini diliputi pusat pentadbiran, majlis pembandaran, pusat kemudahan akedemik dan lain-lain yang melengkapi kemudahan untuk penduduk Seremban dan menjadikan Seremban sesuatu daerah.

Elemen terakhir sekali ialah mercu tanda. Mercu tanda ialah rujukan titik bagi pemerhati untuk masuk ke dalamnya seperti bangunan, tanda jalan, bukit dan lain-lain. Terdapat banyak mercu tanda di Seremban antaranya adalah seperti di bawah :














HASIL KAJIAN LAPANGAN





NAMA : ZAINON AHMAD
STATUS : IBU TUNGGAL
BIL. ANAK : 6 ORANG
UMUR : 51 TAHUN
Puan Zainon merupakan seorang peniaga kecil dan sederhana. Perniagaannya mula bertapak di lorongan Jalan Datuk Syeikh Ahmad sejak 16 tahun lagi. Beliau berniaga makanan pagi di mana ia merupakan keperluan asas bagi setiap penduduk. Antara makanan yang dijual ialah nasi lemak dengan berbagai lauk serta kuih muih. Modal yang dikeluarkan oleh beliau untuk setiap perniagaannya adalah setiap hari bernilai RM300 dan untung bersig yang diperolehi olehnya adalah sebanyak RM400. Beliau mengatakan hasil keuntungan diperoleh setiap hari tidak boleh dianggarkan kerana setiap hari berbeza-beza untung yang diperoleh. Seperti yang sedia maklum, beliau merupakan seorang ibu tunggal kepada 6 orang anak. Suami beliau meninggal pada kelahiran mereka yang ke 6. Jadi segala pendapatan yang diperolehinya akan digunakan untuk menampung pembelajaran anaknya. Beliau berniaga bersama anak sulungnya yang kini masih lagi belajar di kolej. Dahulu, anaknya berhenti belajar kerana tidak dapat menampung pengajian pembelajaran kini dengan hasil berniaga Puan Zainon mampu menyara mereka.
               
Tapak berniaga yang sebelum ini didiami oleh peniaga yang menjual burger. Setelah tamat tempot peniaga itu bertapak disitu,ianya diambil alih oleh Puan Zainon. Beliau memilih tapak di situ kerana lokasinya yang strategic di mana ia merupakan kawasan social yang sering dikunjungi oleh pekerja-pekerja swasta mahupun kerajaan. Beliau tidak perlu menggunakan kaedah pemasaran bagi memasarkan barang niaganya kerana makanan yang dijual sudah pun mempunyai pelanggan tetap. Kebiasaannya pelanggan yang dating membeli adalah pelanggan yang kerap kali membeli daripadanya. 




NAMA KEDAI : KEDAI EMAS KIM CHEONG HING
TUAN KEDAI : MR YAP

Kedai emas ini dikelola oleh Mr. Yap. Kedai ini telah ditubuhkan selama 30 tahun. Kedai ini bertapak di bangunan Wisma Puncak  Emas.  Barang yang diniagakan ialah barangan emas seperti gelang, cincin dan subang.  Beliau memilih Wisma Puncak Emas kerana wisma tersebut merupakan shopping complex yang pertama dan terkenal di Seremban.  Namun, apabila kejatuhan empayar wisma Puncak Emas berlaku mereka tetap bertapak  disitu kerana mereka telah memiliki pelanggan tetap.  Oleh yang demikian,  mereka tidak perlu membuat sebarang promosi untuk menarik para pelanggan. Hal ini kerana pelanggan yang datang ke kedai ini kebanyakkannya adalah pelanggan tetap.




NAMA KEDAI : D.R.S. MANAGEMENT
TUAN KEDAI : SEBATION RAYAPPAN
 Kedai ini menawarkan khidmat  kewangan dan guaman. Kedai ini telah bertapak di Wisma Puncak Emas selama 17 tahun.  Walaupun empayar Wisma Puncak Emas telah jatuh, namun beliau tidak terfikir untuk berniaga di tempat lain kerana  beliau telah membeli kedai tersebut. Beliau juga selesa melakukan kerjanya disana kerana tidak mempunyai gangguan pihak luar. Selain itu, bangunan itu juga mempunyai unsure sentimental bagi beliau kerana ia merupakan tapak bekas sekolahnya. Bagi beliau apa yang penting untuk melakukan kerjanya ialah keperluan asas sahaja iaitu makanan, bilik air dan tempat meletakkan kereta.  Beliau akan mengiklankan khidmat lelongan beliau di surat khabar untuk memaklumkan barangan lelongan  beliau. Jadi, orang ramai perlu datang ke kedainya untuk maklumat lanjut.





NAMA KEDAI : KULIT KLASIK
TUAN KEDAI : ANUAR  BIN ABDULLAH

Kedai ini juga merupakan kedai yang bertapak didalam Wisma Puncak Emas. Kedai ini telah bertapak di bangunan tersebut selama 26 tahun. Barangan yang diniaga oleh beliau ialah barangan berasaskan kulit.  Beliau mula berniaga disana kerana beliau minat menceburi bidang perniagaan.  Beliau juga menceburi bidang ini untuk mengikut sunnah Nabi iaitu berniaga.  Disamping itu, beliau juga berniaga untuk mencari rezeki untuk menyara keluarganya. Beliau meneruskan perniagaan beliau di Puncak Emas kerana beliau bimbang pelanggannya sukar untuk mencari kedai beliau jika beliau berpindah ke tempat lain.  Perniagaan beliau tidak memerlukan promosi kerana pelanggannya rata-rata ialah pelanggan tetap. Jadi, beliau tidak perlu membuat promosi untuk menarik pelanggan.



NAMA KEDAI : CERMIN MATA MUTIARA
TUAN KEDAI : CHRISTINA THAI
 Kedai ini telah bertapak di jalan Dato’  Sheikh Ahmad  sejak 40 tahun yang lalu. Sebelum ini beliau menyewa di daerah lain. Namun, setelah kedai tersebut diambil alih oleh pemilik kedai asal mereka berpindah ke jalan tersebut. Barangan yang  diniagakan oleh beliau ialah cermin mata dan kanta lekap.  Perniagaan ini tidak menjalankan promosi besar-besaran untuk menarik pelanggan. Namun begitu, perniagaan ini banyak menjalankan kerja-kerja amal. Antaranya ialah menawarkan khidmat pemeriksaan mata percuma dan memberi cermin mata percuma kepada mereka yang tidak berkemampuan dan orang-orang di rumah orang-orang tua.  Pelanggan beliaun juga rata-rata adalah pelanggan tetap turun-temurun.  Jadi, mereka tidak perlu memikirkan cara untuk menarik pelanggan kerana ia sedia ada ramai.




NAMA KEDAI : PUSAT HIBURAN  RUBY
TUAN KEDAI : AMZAH HANIL

Kedai ini telah mula beroperasi selama 4 tahun yang lalu.  Mereka menawarkan khidmat permainan. Mereka menjalankan operasi mereka pada 12 tengah hari hingga 12 tengah malam. Mereka menjalankan perniagaan di situ kerana ia merupakan salah satu jalan utama di Seremban. Bagi mereka, dengan menjalankan perniagaan disitu, mudah bagi pelanggan untuk dating ke kedai mereka.  Mereka menawarkan sistem point  untuk menebus hadiah. Setiap pelanggan akan memperoleh point tersendiri setiap kali mereka bermain di sana. Jadi, setiap pelanggan berpeluang memiliki hadiah yang ditawarkan. Ini merupakan salah satu cara mereka menarik pelanggan. Rata-rata pelanggan mereka ialah golongan dewasa. 


PENUTUP


Kesimpulannya, yang boleh dibuat hasil yang kami terima dari kerja lapangan ialah sememangnya betul perkara yang dinyatakan oleh Henry Levebre bahawasanya terdapat 5 jenis ruang yang digunakan dalam sesuatu tempat iaitu Laluan, Mercu Tanda, Sempadan, Daerah, Titik Tumpu memang bersalingkait dengan ruang yang wujud dimana-mana sahaja. Tempat kajian yang telah kami pilih ialah dibandar Seremban.Seremban dikira merupakan sempadan antara Negeri Sembilan dgn Selangor.Di kawasan tersebut memiliki banyak binaan bangunan lama.Jadi boleh dianggarkan bangunan yang berada disitu semuanya dibina sejak penjajahan british lagi.Ini boleh lambang kawasan bersejarah.


Friday, 28 December 2012

HARGA PURATA RUMAH SEMI DETECHED DARI BANGI HINGGA KUALA LUMPUR


HARGA(RM)
Taman Mutiara
695 500

Lakehill Villas
1 576 000

Taman Puncak Utama Kajang
628 620

Taman Lestari Perdana

1 516 500

Taman Taming Jaya
852 850

Taman Sungai Besi Indah

1 327 800

Taman Bukit Serdang
1 766 700

Taman Salak Selatan
2 327 350
Taman Gembira
1 682 200
Taman Desa
2 447 000





Monday, 24 December 2012

RUANG SEKITAR TEMPAT ASAL

dalam tugasan ini saya harus menceritakan mengenai ruang di tempat asal iaitu Taiping... tetapi ruang yang diceritakan haruslah melibatkan 5 kompenan iaitu nod,mercu tanda, sempadan,laluan dan daerah..
maka.. inilah yang dapat diceritakan:



NOD,MERCU TANDA,LALUAN,DAERAH DAN SEMPADAN DI TAIPING
            Nod  ialah titik pertemuan dan ruang yang dilalui. Nod juga dikatakan sebagai hentian.   Tempat yang sering menjadi kunjungan para pelajar ialah Taiping Sentral. Bagi golongan dewasa ialah Cashier Market.  Cashier Market sering menjadi kunjungan untuk menjamu selera. Hal ini kerana banyak makanan popular disana contohnya Mee Combat.
            Mercu tanda pula ialah rujukan titik bagi pemerhati tidak masuk ke dalamnya seperti bangunan,tanda jalan bukit dan lain-lain. Banyak mercu tanda yang melambangkan Taiping.  Antara mercu tanda yang melambangkan Taiping ialah Jam Besar, Rest House berhadapan  Sekolah Kebangsaan King Edward. Selain itu, Taman Tasik juga merupakan salah satu mercu tanda di Taiping.  Namun kini, mercu tanda yang bakal melambangkan Taiping ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
            Laluan ialah pemerhati bergerak dan mengalami alam sekeliling.  Taiping mempunyai dua laluan samada laluan kereta ataupun laluan kereta api. Laluan di Taiping kebanyakannya di kelilingi oleh pokok-pokok. Contohnya laluan ke Taman Tasik Taiping di kelilingi oleh Pokok Hujan-Hujan ataupun `samanea Saman’. Pokok ini membentuk kanopi semulajadi yang indah sepanjang laluan di Taman Tasik.
            Daerah ialah bahagian Bandar yang ada persamaan dimana seseorang pemerhati boleh masuk ke dalam.  Taiping terletak di daerah Larut Matang dan Selama.
            Sempadan ialah elemen linear yang bukan laluan yang  digunakan membahagikan dua bahagian yang mempunyai perbezaan yang tidak dapat dilihat. Sempadan yang terdapat di Taiping ialah  sempadan Kamunting dan Pokok Asam.




















transkrip hasil rakaman

dalam tugasan ini saya harus mengkaji mengenai ruang yang diceritakan oleh responden mengenai Pekan TAPAH,.
hasilnya :


KUANLITATIF TRANSKRIP
Kuanlitatif transkrip dilakukan dengan menggunakan dua kaedah iaitu aksial axial dan open code.
 Di dalam aksial axial, pengucap ada menyebut mengenai sungai sebanyak  12   kali. Sungai merupakan antara ruang kehidupannya semasa kecil. Antara contohnya ialah  :
·         Ada sungai.
·         Sungai tu pula bersih.
·         Pakcik dulu rajin mancing ikan kat sungai tu.
·         Sungai tu je la teman pakcik.
·         Yang paling seronok sekali main sungai  la mase kecik-kecik dulu.
·         Sungai la terjun.
·         Dulu sungai tu rasa dalam  la.
·         Sungai nampak besar la tp la ni pakcik tengok sungai tu  macam longkang je la
·         yang pakcik egt main sungai je la
·         Die ade sungai.
·         Main sungai main perang-perang,main kat kubur.


Seterusnya,pengucap ada menyebut perkataan kubur sebanyak   beberapa kali.  Antara ayat yang dikeluarkan pengucap ialah :
·         Ada kubur.
·         Kubur pun dh besar sekarang.
·         Dah  ramai penghuni kubur.
·         Kubur ada la situ haaa.
·          Kubur pun dah takde tempat nak sumbat dah
·         Haa kubur dh bertindih-tindih.mintak-mintak kerajaan nanti buat la kubur lain.
·         Main sungai main perang-perang,main kat kubur.
·         Pakcik dulu mase arwah bapak pakcik dulu pakcik dok kat rumah dekat dengan kubur.
·         Betol-betol belakang kubur.
·         . Kubur tu Macam rumah pakcik juge.
·         Kubur dulu tak bersih.
·         Sekarang kubur dah bersih.
·         duduk pn dekat kubur
·         Boleh tengok kubur sane.
·         Mintak-mintak  pakcik kubur tu nanti die jadi bersih la


Selain itu, pengucap turut menyebut perkataan mancing dalam ceritanya. Pengucap seorang yang amat suka memancing. Antara ayatnya ialah:
·         .Pakcik dulu rajin mancing ikan kat sungai tu.
·         Kadang-kadang pagi-pagi pakcik dah  p mancing dah.
·         Lepas semayang asar, petang pegi balik mancing.
·         .mancing ikan
Pengucap turut ada menyebut mengenai tempat yang dikunjungi sekeluarge untuk membeli-belah. Tempat  yang dimaksudkan ialah pekan Kampar.
·         Kami semua bila time raya jer  pergi ke Kampar.
·         Shopping di Kampar.
·         Kalau nak p shopping, sume p shopping Kampar.


Malah, pengucap turut ada menyebut mengenai orang-orang di Tapah. Antara ayatnya ialah :
·         . La ni kalau pakcik balik kampong pun dah takde orang.
·         Kebanyakan orang baru-baru
·         Tinggai orang-orang lame aje.
·         Sekarang ni pun kalau pakcik balik Tapah pun  dah takde orang.
·          Orang lame.
·         .yang ade keje sini pun sume org luar-luar.
·         . Semua orang baru-baru.
·         . Dulu takde orang
·         Banyak orang lalu highway


Dari segi opern code pula, tidak banyak yang dapat dihuraikan. Tetapi apa yang dapat ditarsirkan, pengucap banyak membicarakan mengenai makanan di Tapah. Antaranya ialah:
·         .buah durian buah cempedak.
·         Dulu petai murah.
·          Petai beli kat orang asli murah
·          Dulu nak dapat petai satu tandan tu baru bape ringgit jer.
·         Sekarang orang dah pandai harge petai
·          Cina pun makan petai dah
·         mungkin pasai makanan die sedap.
·          Gerai banyak di Tapah. Gerai makan.
·         Makan kt gerai sane.
·         Huuihh. Makanan A1.
·         . Ikan darat
·         .ade ikan laut ade.
·         Ulam2.
·          Masih lagi tradisional orang kampong.
·          Makanan kampong.


Pengucap juga ada menyebut mengenai panggung wayang di Tapah. Antara yang dikatakannya ialah :
·         Panggung wayang pun satu
·         Panggung wayang takda dah sekarang
·         Panggung wayang pun belah belakang sana


Malah, pengucap juga ada menyebut perihal perbezaan zaman dahulu dan zaman sekarang. Apa yang di katakannya ialah :
·         Kecik-kecik dulu main tradisional.
·         Sekarang ni budak-budak sekarang ni pakcik tengok komputer
       Nak main kene keluar duit.
·         Zaman dulu nak main xpayah bawak klua duit pun .
·         zaman dulu kalau main, main tradisional.
·         Tradisional ni mane keluar duit.
·         Zaman sekarang nie jer.
·         Nak main pakai computer  tapi kena bawak duit.
·         Kalu tak pergi ke kedai komputer pun nak kene beli handphone ke ape.
·         Nak main game.