Wednesday, 2 January 2013

RUMUSAN KETIGA-TIGA BUKU


IMAGE OF THE CITY –KEVIN LYNCH


Menurut Kevin Lynch dalam bukunya "The Image of City" menyatakan bahawa imej bandar adalah satu proses dua hala antara pemerhati dengan alam semulajadi. Imej boleh dikategorikan kepada tiga komponen iaitu identiti, struktur dan maksud.
1.       imej yang berfungsi memerlukan satu identiti yang mana ia mempunyai satu sifat yang berbeza dengan yang lain.
2.       imej mesti termasuk isi keruangan atau corak hubungan di antara objek dengan pemerhati serta kepada objek yang lain.
3.        objek itu mesti mempunyai sesuatu maksud kepada pemerhati sama ada secara praktikal atau emosi.


 Beliau juga membahagikan imej bandar kepada lima elemen iaitu :-
  1. Mercu Tanda – merupakan rujukan titik di mana pemerhati tidak masuk ke dalamnya seperti bangunan, tanda jalan, bukit dan lain-lain.
  2. Laluan – pemerhati bergerak dan mengalami alam sekelilingnya seperti jalan raya, laluan pejalan kaki, landasan dan sebagainya mengikut laluan ini alam sekitar diperhati dan dihubungkait.
  3. Sempadan – elemen linear yang bukan laluan yang digunakan untuk membahagikan dua bahagian yang mempunyai perbezaan seperti sungai, pantai, landasan, dinding atau sempadan yang tidak dapat dilihat. Sempadan juga penting untuk membentuk imej keseluruhan sesuatu bandar.
  4. Daerah – adalah bahagian bandar yang mempunyai persamaan di mana seseorang pemerhati boleh masuk ke dalam.
  5. Titik tumpu – adalah titik atau tumpuan di mana pemerhati boleh masuk seperti simpang jalan, perhentian laluan dan lain-lain konsep titik tumpu ada hubungkaitnya dengan konsep daerah dan laluan.
Jika diperhatikan, definisi imej yang dikemukakan oleh Kevin Lynch lebih menumpukan aspek fizikal Bandar
Aspek-aspek lain juga sebenarnya mempengaruhi imej sesuatu bandar seperti aspek sosial, politik dan pentadbiran, ekonomi dan sebagainya sama ada yang bersifat positif atau negatif.
Kevin Lynch dalam bukunya "The Image of The City" telah menyatakan unsur-unsur imej bandar yang baik termasuk:
  1. ‘Legibility’ – perihal mudah difahami coraknya, boleh dikenali, mempunyai sistem atau aturan yang terang dan sebagainya. Ia penting kerana memudahkan pergerakan seseorang.
  2. Imej untuk bangunan – terdapat imej umum bagi bandar.
  3. Struktur dan Identiti – terdapat identiti, struktur dan makna bagi bandar.
  4. ‘Imagebility/Visibility’ – terdapat identiti yang terang yang dapat dibayangkan oleh seseorang.
       Legebility bermakna ia boleh dikenali, mempunyai sistem atau aturan yang terang, nyata dan mudah difahami terutama dari segi coraknya. Dengan kata lain, bermakna corak yang terdapat dalam suatu ruang bandar itu mesti mudah dikenali dan diingati, seperti yang telah dinyatakan oleh Kevin Lynch dalam City Sense and City Design. Ini penting supaya seseorang individu tersebut tidak akan sesat malahan ia memudahkan pergerakan seseorang serta mempercepatkan pergerakan.
Legebility bertujuan supaya kita berperasaan bahawa kita berada di dalam rumah (ruang) dan dapat berfungsi dengan senang. Oleh itu persekitaran kita perlu boleh dibaca bagaikan satu sistem petunjuk (system of sign). Jadi, ia perlu ada perhubungan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain untuk menempatkan lokasinya dari segi masa dan ruang, supaya dapat memahami fungsinya, aktiviti yang terkandung dalamnya dan keadaan sosial penggunanya. Apabila sesebuah bandar itu kekurangan perhubungan antara satu sama lain, maka ketidakperkaitan ini akan menyebabkan kita rasa terasing, iaitu akan hilang dalam persekitaran yang tidak dapat berdialog. Selain dari segi kepentingan keselamatan perasaan (emotional security) ia juga penting dari segi pembangunan diri (individual growth).
        Imej untuk bangunan menekankan imej umum (public image) iaitu the common mental pictures carried by large number of a city’s inhabitants area of agreement which might be expected to appear in the interaction of a single physical reality, a common culture and a basic physiological nature
        Dari segi struktur dan identiti pula Kevin Lynch memperbincangkannya dari tiga sudut iaitu identiti, struktur dan makna (meaning). Identiti dan struktur adalah termasukvisual sensation (perasaan visual) terhadap warna, bentuk, gerak, sentuhan, bunyi dan bau. Makna (meaning) pula termasuk amalan (practical), perasaan (emotional) dan perhubngan (relation). Selain itu, makna juga termasuk makna sosial (social meaning) yang juga termasuk fungsi, aktiviti, struktur masyarakat, nilai masyarakat dan sejarah. Jadi, identiti yang dibincangkan adalah terbahagi kepada dua iaitu identiti manusia dan alam. Jika sesuatu tempat itu mempunyai imej yang kuat maka ia akan memberikan satu sokongan gambaran yang kuat ke atas identiti kumpulan (group identity).
Imagebiliti atau visibility adalah anality in a physical object which gives it a high probability of evoking a strong image in any given observers. Ia termasuk bentuk, warna dan aturan (arrangement) yang menyebabkan adanya identiti yang terang dan nyata atau jelas (vividly identified). Ia juga perlu mempunyai struktur yang berkesan (powerful structured) dan penggunaan imaginasi mental yang tinggi ke atas persekitaran (useful mental image of the environment).

THE PRODUCTION OF SPACE- LEFEBVRE

Akibat daripada sesuatu keadaan atau ruang dimana terdapat sesetengah ruang mempunyai ramai orang manakala sesetengah ruang pula tidak mempunyai ramai orang. Seorang penulis barat iaitu Henri Lefebvre, seorang filsuf asal Perancis telah mengkaji mengenai masalah ini dan melihat daripada pelbagai sudut pandangan. Akhirnya beliau telah menghasilkan sebuah buku yang berjudul Production of Space, atau Produksi Ruang. Buku ini dihasilkan untuk menjawab semua persoalan yang timbul dan bukan sahaja untuk diri beliau tetapi untuk semua orang yang ingin mengkaji mengenai ruang. Lefebvre telah mendeskripsikan ruang dan hubungannya yang erat dengan manusia. Di dalam buku tersebut, Lefebvre melihat ruang sebagai sesuatu yang diproduksi oleh setiap masyarakat. Namun benarkah setiap masyarakat menghasilkan ruangnya sendiri seperti yang dikatakan Lefebvre? Buktinya teori tersebut adalah benar dimana ruang digunakan secara langsung pada dalam kehidupan seharian. Metode yang digunakan berdasarkan Teori Lefebvre sebagai ruangnya iaitu adanya Spatial Practice, Representation of space, dan Representational Space pada setiap ruang yang terbentuk atau diproduksi oleh masyarakat. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa ruang yang ramai dan hidup akan diperolehi apabila ruang yang ada memenuhi keperluan masyarakat yang membentuknya walaupun tidak semua kawasan  tersebut harus dipenuhi.


THE DEATH AND LIFE OF GREAT CITIES –JANE JOCABS


    Penulis dari "The Death and Life Of Great American Cities adalah Jane Jacobs. Jane Jacobs lahir tanggal 4 Mei 1916 dan meninggal dunia pada 25 April 2006, beliau tinggal di Scranton, Pennsylvania, Amerika Syarikat, beliau menuliskan kekecewaan beliau terhadap Kota Amerika yang beliau anggap perancangan bandar tersebut tidak benar, iaitu dalam erti dalam kota tersebut berlaku pelbagai masalah pengangkutan , pembahagian plot pattern dll. Jane Jacobs menggambarkan faktor-faktor nyata yang mempengaruhi bandar-bandar, dan mengesyorkan startegi untuk meningkatkan prestasi bandar.
        Dari segi kepelbagaian, Bandar yang baik memerlukan kepelbagaian dan harmoni dalam perkhidmatan terhadap masyarakat di dalamnya. Masyarakat sangat memperhatikan kemudahan apa sahaja yang terdapat pada suatu kota, kerana kemudahan tersebut boleh diertikan sebagai sarana pelayan untuk masyarakat dalam bandar tersebut. Kemudahan yang dimaksudkan boleh berupa penempatan, kawasan perdagangan, tempat sukan dan rekreasi.
     Jane Jacobs mengenalpasti tiga isi utama dalam menyokong kepelbagaian iaitu kepelbagaian fungsi. Kepelbagaian fungsi yang dimaksudkan adalah bagaimana merancang suatu kawasan yeng mempunyai fungsi lahan lebih dari satu, sehingga jika ada seseorang yang mendatangi kawasan tersebut, maka dia boleh menikmati lebih dari 1 fungsi lahan. Fungsi lahan yang dimaksudkan boleh berupa sebagai penempatan, kedai-kedai, rumah sakit dan sebagainya.
     Selain itu, isi kedua pula iaitu blok atau jalan pendek. Sebagai contoh adalah Blok / jalan yang menghubungkan kawasan penempatan dan kawasan membeli-belah, kawasan rekreassi dan kawasan pejabat harus dekat. Ertinya masyarakat dapat menuju destinasi ke suatu tempat dengan cepat kerana blok / jalan yang menghubungkan tempat asal dan tempat tujuan tersebut pendek. Isi yang ketiga ialah terdapat Konsentrasi padat penduduk. Dalam suatu bandar harus terdapat suatu kawasan yang sebagai kepekatan padat penduduk, yang dimaksudkan adalah kawasan penempatan sehingga tidak mengganggu kawasan lain, dan pengguna kawasan penempatan juga tidak akan terganggu dengan kawasan lain.