Ini merupakan assignment pertama yang diberikan oleh pensyarah saya.. agak terkejut diberi tugasan pada kelas pertama..okay...tajuk assignment pertama saya ialah..... "PERKARA YANG PALING DIINGATI DI TEMPAT ASAL"
Tajuk nie membuatkan saya teringat akan tempat kelahiran saya...tempat jatuh lagi di kenang.
disebabkan assignment ini tiada softcopy...jadi saya ceritakan kembali kisahnya kembali
PERKARA YANG DIINGATI DI TEMPAT ASAL
disebabkan saya berasal dari TAIPING,maka saya ceritakan mengenai Taiping.
taiping merupakan tempat peninggalan sejarah.. banyak tempat menarik yang terdapat di Taiping. Tempat yang paling saya ingati di Taiping ialah Taman Tasik Taiping.. Taman Tasik??? pasti ada yang akan bertanya "apa yang menarik di Taman Tasik?"okay...saya akan ceritakan apa yang menarik mengenainya
Taman Tasik merupakan tasik semulajadi. suasana di taman tasik amatlah tenang. taman tasik mampu membuatkan seseorang melepaskan segala masalah.. pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh pengunjung ialah beriadah bersama keluarga. ada juga yang berjoging sambil menikmati pemandangan indah di Taman Tasik Taiping. Tak lupa juga, kita boleh kayak itik di Taman Tasik ini. Harga kayak itik ini amatlah berpatutan iaitu RM12 untuk 30 minit. Tasik-tasik di sini juga amat cantik. amat tenang permandangan di sini. tasik yang sering menjadi kunjungan ialah Tasik Teratai. Di kawasan Taman Tasik juga terdapat Zoo Taiping. Zoo Taiping merupakan Zoo yang bertemakan zoo terbuka. Zoo Taiping sering menganjurkan program2 bagi pelajar sekolah.
Jadi, inilah perkara yang saya ingati di tempat asal saya.. iaitu TAIPING
ini adalah gambar2 di sekitar TAIPING
PERMANDANGAN DI TAMAN TASIK

.jpg)
PERMANDANGAN SEKITAR TAIPING DARI BUKIT LARUT
![]() |
ZOO TAIPING
.
No comments:
Post a Comment